PROGRAM KEM MEMBACA 1 MALAYSIA 2014 (KM1M 2014)

Isu Semasa

Sukacita dimaklumkan bahawa Program Kem Membaca 1Malaysia (KM1M) 2014 akan dilaksanakan bermula dari 4 hingga 6 November 2014.

Pada tahun ini Jabatan Pendidikan Negeri Sabah telah menetapkan supaya semua sekolah di negeri ini menjalankan aktiviti membaca buku selama 2014 saat atau 33minit 34saat pada 04 November 2014 jam 10:00 pagi serentak dengan Majlis Pelancaran KM1M Peringkat Negeri Sabah. Perlaksanaan KM1M ini juga diadakan serentak dengan pelancaran KM1M Peringkat Kebangsaan.

 

Bersama Kertas Makluman serta Kaedah Perlaksanaan dilampirkan.

Download Link :  KERTAS MAKLUMAN KM1M 2014 BTPN SABAH

Maklumat lanjut berkaitan program di atas boleh merujuk kepada Pusat Kegiatan Guru Beaufort.

Tel : 087 – 224146

 

Pertandingan Drama KOMSAS

Isu Semasa

DRAMA KOMSAS SEKOLAH MENENGAH KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA

Lokasi : SM ST PAUL BEAUFORT SABAH

Tarikh : 25 – 26 – 27 JUN 2014

Pertandingan dikendalikan sepenuhnya oleh Bahagian Kokurikulum dan Kesenian, Kementerian Pelajaran Malaysia. Pertandingan ini memberi peluang kepada sekolah-sekolah di seluruh tanah air mementaskan karya terpilih masing-masing berdasarkan teks KOMSAS semasa.

Project Perkhidmatan 1Bestarinet (KPM)

Isu Semasa

Untuk makluman , BTP/PMO ICT telah membangunkan sister eLapor yang bertujuan untuk ,

i. Memantau prestasi capaian internet 1 Bestarinet di sekolah – sekolah .

ii. Pencapaian petunjuk prestasi utama KPM.

Manual Perlaksanaan untuk sekolah-sekolah, sila download berikut.

.doc – http://www.mediafire.com/view/zyrcf5jmreflf5w/manual_speedtest.docx

.pdf – http://www.mediafire.com/view/ri6ih9ccp4dtz7a/manual_speedtest.pdf

Banner